Emas adalah kekayaan sebenar. Aset yang tahan inflasi.

Bagaimana membuat pelaburan emas di Malaysia?

Terdapat 2 cara membuat pelaburan emas di Malaysia iaitu:
  • Pelaburan secara emas fizikal
  • lPelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas
1. Pelaburan secara emas fizikal

 
Pelaburan emas secara fizikal boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu: l

 
    •  Syiling emas
    • lBarang kemas
    • Jongkong emas
lDaripada 3 kategori emas fizikal ini, cuma syiling emas dan jongkong emas boleh dikategorikan sebagai emas pelaburan. lIni kerana syiling emas dan jongkong emas sememangnya dibuat khusus untuk tujuan pelaburan.
l

 
Kelebihan Emas Pelaburan

 
 Sebagai emas pelaburan, syiling emas dan jongkong emas memiliki kelebihan seperti berikut:
  1. Mudah dibawa
  2. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard.
  3. Mudah ditunaikan.
  4. Mempunyai perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (dipanggil spread)
  5. Boleh digadaikan.
Barang kemas bukanlah pelaburan emas yang baik kerana harganya yang tinggi disebabkan kos upah membuat barang kemas tersebut. Selain itu susut nilai bagi barang kemas adalah tinggi (25 % - 40%)
 
Institusi Yang Menjual Emas Perlaburan
 
 
Di Malaysia, terdapat 6 institusi yang menjual emas fizikal untuk pelaburan iaitu:    
  • Maybank - Syiling Kijang Emas
  • UOB Bank – Syiling Emas dan Jongkong Emas
  • Public Fine Gold International Sdn. Bhd. Gold syiling dan jongkong emas
  • Public Dinar – Dinar emas
  • Dinar Emas Kelantan – Dinar emas
  • Kedai emas Poh Kong, Habib Jewel dan sebagainya – jongkong emas


Maybank - Syiling Kijang Emas



  • Salah satu daripada emas pelaburan terbaik di Malaysia ialah syiling Kijang Emas. 
  • Kijang Emas adalah wang syiling emas rasmi Malaysia dan dikeluarkan oleh Royal Mint of Malaysia. Ia telah dilancarkan pada 17 Julai 2001 dan diedarkan oleh Maybank.
  •  Ianya dikeluarkan di dalam 3 saiz iaitu 1 Oz, 1/2 Oz dan 1/4 Oz. serta mempunyai ketulenan 24K (999.9)

Harga Emas Dalam Seminggu

Public Gold & Public Dinar