Ini adalah syiling emas Dinar yang mempunyai ketulinan 91.6% . Kiraan dinar ini adalah
mengikut jisim tertentu iaitu 10 dinar ( 42.5g) , 5 dinar (21.25g) dan 1dinar ( 4.25g).
1 Dinar berserta Sijil
Syiling dinar ini mempunyai keistimewaan terutama dalam proses pajak gadai di bank.Ini adalah kerana pembalut plastiknya mudah dibuka dan dipasang semula. Kebiasaanya apabila suatu emas dipajak, emas tersebut akan dikeluarkan dari sarungnya untuk membolehkan pihak bank menguji ketulinan emas tersebut. Bagi jongkong emas, pembalut plastik akan dipotong dan sesetengah jenis jongkong emas akan mengalami susut harga. Tetapi kelebihan jongkong emas keluaran Public Gold ini, ia tidak mengalami susut harga disebabkan pembalut plastik dibuka, calar atau kemik. Syarikat akan tetap menerima jongkong yang telah dibuka sarungnya dengan nilai harga 'buying'. Masalahnya ialah apabila kita ingin menjual kepada orang perseorangan. Kebanyakkan mereka ingin emas tersebut dalam keadaan baik. Jika sarung telah dibuka, mereka akan merasa ragu-ragu untuk membeli. Tetapi kebanyakan agen public gold tetap menerima emas yang telah dibuka sarungnya. Kerana mereka sering melakukan pajak gadai dan yang lebih penting ialah emas di dalamnya.. bukan pembalut plastik!.. Walaubagaimana pun sudah terdapat alat yang boleh meliminitkan emas semula dengan baik.